Assalamualaikum dan hai semua!
Ini entri pertama saya. Yuhuu! Gembira pula kita. Hehe...
Hari ni, saya mahu kongsikan tips study yang pernah saya buat masa ambil UPSR. Berdasarkan pengalaman saya sendiri. Bolehlah cuba. InsyaAllah, kita akan ingat semua yang kita belajar. Okay, check it out!
1. Sentiasa buat latihan
Especially subjek Math sebab melibatkan kira-kira. Kena selalu buat latihan supaya boleh jadi mahir. Subjek-subjek lain pun sama.
2. Jadual belajar
Supaya kita dapat belajar secara teratur. Kalau hari sekolah, belajar sebelah malam. Ambil masa dalam 2 jam untuk belajar satu subjek. Contoh: Isnin- BM Pemahaman Selasa- Sains Rabu- Bahasa Inggeris Khamis- Matematik Jumaat- BM Penulisan. Haa, macam tu. Lepas tu, jangan belajar lebih daripada pukul 12.
Pernah juga buat jadual belajar ni. Masa mula-mula memanglah bersemangat. Lama-lama, jadual belajar tu tinggal sekadar sekeping kertas sahajalah. Penyakit M berleluasa. Jangan jadi macam saya. Huhu ><
3. Tak faham, tanya
Bak kata cikgu BM saya semasa sekolah rendah, jangan jadi bodoh sombong. Tak tahu, tapi buat-buat tahu. Akhirnya, diri sendiri menyesal. Kalau ada soalan yang kita tak tahu, tanya cikgu secara personal. Ataupun, tanya kawan-kawan kita yang pakar dalam subjek itu.
Saya selalu buat macam ni. Kalau ada soalan yang tak tahu, ajak dalam 2,3 orang pergi bilik guru. Jumpa cikgu yang ajar subjek tu terus. Nanti cikgu terangkan sampailah kami faham dan reti nak jawab soalan-soalan tu.
Alah, tak payah takut. Cikgu bukannya nak makan korang ><
4. Study group
Salah satu cara belajar adalah study group atau belajar berkumpulan. Memang best dan tak boring kalau belajar macam ni. Ajaklah dalam 4,5 orang selepas tu tetapkan hari apa nak belajar bersama. Lagi satu, kita dapat bertukar-tukar idea dan tolong kawan kita yang lemah dalam bab-bab belajar. Takkanlah nak berjaya seorang-seorang? Kan lagi manis kita dengan sahabat-sahabat kita berjaya sama-sama!
5. Berdoa dan tawakkal
Bagi pelajar Islam, kenalah sentiasa berdoa kepada Allah SWT sebab Allah yang bagi kita kejayaan. Selepas usaha, kita tawakkal sahaja kepadaNya. Kalau berjaya, ucapkan Alhamdulillah. Kalau gagal, jangan pula kita putus asa. Pasti Allah bagi sesuatu yang lebih baik buat kita.
Panjang pula entri ni. Harap korang tak bosan. Dan, korang boleh amalkan apa yang saya kongsikan ni. Kalau ada salah, saya minta maaf. Saya doakan korang semua berjaya.
Bye dan Assalamualaikum! :)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan