Best tak hari ni? Atau asyik ditimpa malang hari ini? Haha, Allah sedang menguji awak semualah tu. Bersangka baiklah :)
Hari ini, saya mahu kongsikan tentang Adab Bersama Guru. Eh, jangan pergi dulu. Kalau tentang ilmu, laju sahaja mahu tekan butang back ya? Saya mahu refresh semula. Ini pun saya ambil dari sebuah buku yang bertajuk ' Terapi Jiwa Murid Muslim' Okay, check it out!
- Apabila bertemu guru, dahulukan dengan salam dan senyum :)
- Tidak banyak bercakap kosong di hadapan guru.
- Tidak banyak bercakap kecuali mendapat keizinan dan ketika sesi perbincangan.
- Bertanya apabila diizinkan guru.
- Elakkan daripada membantah pendapat guru kecuali dibenarkan.
- Elakkan memberi sebarang petanda yang anda lebih tahu daripada cikgu.
- Jangan berbisik-bisik tanpa sebab yang diizinkan cikgu.
- Jangan berasa sombong dengan ilmu yang ada.
- Jangan tidur dan lalai ketika guru mengajar.
Dah baca? Dah tahu kan? Bolehlah kita amalkan sama-sama!
Assalamualaikum dan bye!
-Dina Izzati
Tiada ulasan:
Catat Ulasan