Isnin, 25 Januari 2016

Adab Bersama Guru

Assalamualaikum and hai gais!
Best tak hari ni? Atau asyik ditimpa malang hari ini? Haha, Allah sedang menguji awak semualah tu. Bersangka baiklah :)
   Hari ini, saya mahu kongsikan tentang Adab Bersama Guru. Eh, jangan pergi dulu. Kalau tentang ilmu, laju sahaja mahu tekan butang back ya? Saya mahu refresh semula. Ini pun saya ambil dari sebuah buku yang bertajuk ' Terapi Jiwa Murid Muslim' Okay, check it out!
  • Apabila bertemu guru, dahulukan dengan salam dan senyum :)
  • Tidak banyak bercakap kosong di hadapan guru.
  • Tidak banyak bercakap kecuali mendapat keizinan dan ketika sesi perbincangan.
  • Bertanya apabila diizinkan guru.
  • Elakkan daripada membantah pendapat guru kecuali dibenarkan.
  • Elakkan memberi sebarang petanda yang anda lebih tahu daripada cikgu.
  • Jangan berbisik-bisik tanpa sebab yang diizinkan cikgu.
  • Jangan berasa sombong dengan ilmu yang ada.
  • Jangan tidur dan lalai ketika guru mengajar.
   Dah baca? Dah tahu kan? Bolehlah kita amalkan sama-sama!
   Assalamualaikum dan bye!

-Dina Izzati

Jumaat, 22 Januari 2016

Tips Study

Assalamualaikum dan hai semua!

Ini entri pertama saya. Yuhuu! Gembira pula kita. Hehe...

Hari ni, saya mahu kongsikan tips study yang pernah saya buat masa ambil UPSR. Berdasarkan pengalaman saya sendiri. Bolehlah cuba. InsyaAllah, kita akan ingat semua yang kita belajar. Okay, check it out!

1. Sentiasa buat latihan
    Especially subjek Math sebab melibatkan kira-kira. Kena selalu buat latihan supaya boleh jadi mahir. Subjek-subjek lain pun sama.

2. Jadual belajar
     Supaya kita dapat belajar secara teratur. Kalau hari sekolah, belajar sebelah malam. Ambil masa dalam 2 jam untuk belajar satu subjek. Contoh: Isnin- BM Pemahaman Selasa- Sains Rabu- Bahasa Inggeris Khamis- Matematik Jumaat- BM Penulisan. Haa, macam tu. Lepas tu, jangan belajar lebih daripada pukul 12. 
Pernah juga buat jadual belajar ni. Masa mula-mula memanglah bersemangat. Lama-lama, jadual belajar tu tinggal sekadar sekeping kertas sahajalah. Penyakit M berleluasa. Jangan jadi macam saya. Huhu ><

3. Tak faham, tanya
    Bak kata cikgu BM saya semasa sekolah rendah, jangan jadi bodoh sombong. Tak tahu, tapi buat-buat tahu. Akhirnya, diri sendiri menyesal. Kalau ada soalan yang kita tak tahu, tanya cikgu secara personal. Ataupun, tanya kawan-kawan kita yang pakar dalam subjek itu.
Saya selalu buat macam ni. Kalau ada soalan yang tak tahu, ajak dalam 2,3 orang pergi bilik guru. Jumpa cikgu yang ajar subjek tu terus. Nanti cikgu terangkan sampailah kami faham dan reti nak jawab soalan-soalan tu.
Alah, tak payah takut. Cikgu bukannya nak makan korang ><

4. Study group
     Salah satu cara belajar adalah study group atau belajar berkumpulan. Memang best dan tak boring kalau belajar macam ni. Ajaklah dalam 4,5 orang selepas tu tetapkan hari apa nak belajar bersama. Lagi satu, kita dapat bertukar-tukar idea dan tolong kawan kita yang lemah dalam bab-bab belajar. Takkanlah nak berjaya seorang-seorang? Kan lagi manis kita dengan sahabat-sahabat kita berjaya sama-sama!

5. Berdoa dan tawakkal
    Bagi pelajar Islam, kenalah sentiasa berdoa kepada Allah SWT sebab Allah yang bagi kita kejayaan. Selepas usaha, kita tawakkal sahaja kepadaNya. Kalau berjaya, ucapkan Alhamdulillah. Kalau gagal, jangan pula kita putus asa. Pasti Allah bagi sesuatu yang lebih baik buat kita.

Panjang pula entri ni. Harap korang tak bosan. Dan, korang boleh amalkan apa yang saya kongsikan ni. Kalau ada salah, saya minta maaf. Saya doakan korang semua berjaya.

Bye dan Assalamualaikum! :)
     


Taaruf!

Assalamualaikum dan hai semua!

Selamat datang ke blog saya yang tak berapa comel ini! *senyum lebar*

Mesti nak tahu, siapa pemilik blog ni kan? *syok sendiri*
Okay, saya akan perkenalkan diri. 

Nama: Dina Izzati
Nickname: Dina atau Izz
Asal: #Malaysia

Saya rasa itu sahajalah. Yang lain tu, private. Hehe...  yalah, kenalah berhati-hati sikit. 
Harapnya, korang semua terus mengikuti entri-entri terbaru di blog saya. InsyaAllah, saya akan update entri-entri itu secepat mungkin. Nanti uolls tertunggu-tunggu pula *huh perasan betul Dina ni*.

Okaylah, bye dan Assalamualaikum! :)